kpm

kpm

Inovasi Dan Perubahan Dalam Pendidikan


5.1 INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
5.1.1 Konsep Inovasi
 Ronger E miller (1971)- idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang..
 Spencer (1994)- sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik dari yang lama oleh seseorang individu.
5.1.2 Inovasi Dalam Pendidikan
Trend dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini menunjukkan bahawa kecenderungan pembelajaran:
a) Berasaskan penemuan, inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif.
b) Memberikan penekanan kepada mencari, meneroka, menilai dan menggunakan maklumat.

Kecenderungan dalam pembelajaran menghasilkan pemikiran baharu dalam pengajaran. Antaranya ialah:
a) Apa yang diajar tidak serupa dengan apa yang dipelajari.
b) Pengajaran dan pembelajaran terkini merangkumi pengajaran kolaboratif dalam kumpulan yang pelbagai.
c) Isi pelajaran berbentuk rentasan kurikulum dan berbentuk pengajaran berpasukan.
d) Isi pelajaran boleh diakses secara meluas dan dikongsi di luar waktu belajar dan kursus.
e) Pengajar berperanan sebagai rakan kongsi dalam komuniti pembelajaran.
f) Pembelajaran berlaku hasil maklum balas rakan sekelas sebagai rakan kongsi dalam pembelajaran.
g) Penaksiran pembelajaran adalah kompleks dan berbentuk pelbagai aras, melibatkan penilaian pengajaran dan pembelajaran secara formatif dan sumatif.

Inovasi pendidikan ialah hasil perubahan teknologi internet dan keperluan dunia tanpa sempadan. Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk:
- Pengenalan teknologi baharu.
- Perubahan dalam sistem penyampaian.
- Perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti.

5.2 STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN YANG INOVATIF

5.2.1 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)
- Suatu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan/kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina berdasarkan persoalan asli dan direka untuk menghasilkan produk atau tugasan.
- Berbentuk projek ringkas ikut mata pelajaran yang ada tempoh masa dalam 1-2 minggu.
- Projek jangka masa panjang (setahun, merentas kurikulum dan penglibatan komuniti luar sekolah)
- Ciri2 PBL Synteta (berpusat kurikulum, gabungan beberapa mp, berpusat pelajar, berasas kumpulan pembelajaran koperatif/kolaboratif, membawa penghasilan positif, penaksiran berasakan prestasi.

Langkah-langkah melaksanakan PBP
-Tugasan (mengemukakan permasalahan, cipta objek dan cipta suatu cara baharu)
-Menganalisis masalah (bincang bagi kenal pasti masalah)
-Meneroka masalah (menyiasat masalah secara bersama setelah mengumpul maklumat
-Membuat perkaitan(pelajar berkumpul semula, bincang masalah yang dihadapi, buat rumusan, perbandingan dengan permasalahan baru yang serupa)
-Membuat refleksi(pelajar buat refleksi tentang proses pembelajaran dan perbincangan

Peranan Guru Dalam Memastikan Kejayaan PBP
-membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran mereka.
-belajar teknik pengurusan yang mutakhir.
-menggunakan alat pengukuran informal untuk menaksir pembelajaran pelajar
-mewujudkan bilik darjah yang mengutamakan pembelajaran bukannya penerokaan jawapan dan pertandingan.

5.2.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
Objektif PBM Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objekif pendidikan kaedah ini diperkenalkan ialah:
 Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.
 Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan.
 Memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusian terhadap kemajuan profesionalisme.
 Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.
 Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan kerja berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif (Barrow & Tamblyn dipetik daripada Suhaimi Makminin, 2005)

Ciri-ciri PBM
Definisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn, 1980 yang dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang mempunyai ciri-ciri seperti:

 Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah
 Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian
 Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri
 Pensyarah sebagai pembimbing,
 Masalah akan memandu ke arah perkembangan keupayaan penyelesaian masalah ilmu perubatan.

Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses PBL. Langkah-langkah tersebut ialah seperti berikut:
 Pembahagian Kumpulan- Pada peringkat ini, pelajar akan mengenali di antara satu sama lain dan pelajar akan membentuk kumpulan masing-masing. Seterusnya, ketua kumpulan dan pencatat akan dilantik dan peraturan-peraturan kumpulan akan dibentuk.
 Mengenalpasti Masalah- Pelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan. Pelajar perlu mengenalpasti dan mengesahkan masalah tersebut dan menyatakan masalah tersebut berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. Proses mengenalpasti masalah melibatkan elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang ingin dikaji, juga dikenali sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, petikan surat khabar, klip video, petikan jurnal dan juga kejadian sebenar yang berlaku. Trigger ini akan menyebabkan sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan dan memberi petunjuk kepada penyelesaian masalah tersebut.
 Menjana Idea- Pada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam proses penyelesaian masalah tersebut.
 Isu Pelajaran- Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari isu-isu yang dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan mengenalpasti tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.
 Pembelajaran Kendiri- Pada peringkat ini, pelajar akan mencari dan merumuskan informasi-informasi yang relevan dan logik dengan masalah yang diberikan.
 Sintesis dan Aplikasi- Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya terutamanya daripada Internet. Pelajar akan mula berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan berbincang, membangunkan penyelesaian dan membuat penerangan terhadap penyelesaian yang diambil.
 Refleksi dan Tindak Balas- Pada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak balas terhadap kerja kumpulan, kerja individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga peranan fasilitator. Seterusnya, perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan masing-masing. Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran yang paling diperlukan ialah kemahiran menyelesaikan masalah. Diperkukuhkan lagi apabila Nor Ratna Masrom (2006) telah membuat kajian yang bertajuk "Problem Solving Skill in ICT and Multimedia Application” mendapati bahawa tanpa pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah, pelajar tidak mampu untuk melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan sempurna dan cekap.

Proses Menyelesaikan Masalah Menurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui empat langkah penyelesaian iaitu:
 Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat yang berkaitan dengannya
 Menyediakan rancangan penyelesaian iaitu mencari perkaitan antara maklumat yang diberi dengan penyelesaian
 Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti, langkah demi langkah
 Menyemak jawapan iaitu menyemak ketepatan dan kesesuian hasil penyelesaian dengan apa yang hendak diselesaikan. (Widad Othman, et al, 2003)

Menurut Razihan Abdul Jalil (2001) kaedah penyelesaian masalah merupakan salah satu kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar mencari maklumat untuk menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka di samping memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan kemahiran (Mohd Khairuddin Abdul Karim, 2005). Berdasarkan Smith (1997) dan Edward dan Monika (1995) terdapat lima proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah:
 Mengenalpasti Masalah- Pada peringkat ini, pelajar akan diberikan masalah untuk diselesaikan. Tugas pelajar adalah untuk mengenalpasti masalah yang diberi dan menjadikan masalah tersebut sebagai persoalan yang perlu diselesaikan. Kemudian, pelajar perlu membuat rumusan berdasarkan objektif masalah dan mengenalpasti sumber-sumber yang perlu digunakan untuk memperolehi maklumat yang benar, relevan dan penting untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, pelajar perlu merancangan kaedah penyelesaian dari peringkat awal sehingga permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan, pada mulanya masalah dikenalpasti daripada segi struktur masalah dan dibuat definisi. Definisi yang tepat membantu pemahaman bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan memilih alternatif penyelesaian masalah yang tepat.
 Menganalisis Masalah dan Mengumpulkan data- Pelajar perlu mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap maklumat yang diperolehi. Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan terdapat pelbagai teknik pengumpulan data. Contohnya, gambar rajah tulang (analysis: couse dan effect), carta pareto, carta pai, carta aliran dan lain-lain. Proses menganalisis masalah ini diperlukan bagi mengembangkan pemikiran dan mempertimbangkan semua kemungkinan. Objektif bagi peringkat ini adalah mencari punca masalah tersebut berlaku. Menurut Kirby, Gary R, dan Goodpaster, Jeffery. R (2002), sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah tersebut ditemui. Beberapa persoalan perlu ditanya sama ada apa, di mana, bila, siapa dan bagaimana masalah itu berlaku. Masalah dianalisis daripada pelbagai sudut seperti ataupun kepentingan masalah, pengalaman diri, tindak balas pihak lain, kos masalah, lokasi berlaku masalah, perbandingan dengan masalah lain dan sebagainya ( Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003).
 Membuat Keputusan- Pelajar perlu membuat pemilihan penyelesaian masalah dengan tepat dan pastikan penyelesaian yang dibuat merupakan penyelesaian yang terbaik. Disamping itu, pelajar perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong penyelesaian yang diambil. Pemilihan penyelesaian ini dijana dengan menggunakan pelbagai kaedah bagi memastikan idea yang diperolehi berkualiti. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa salah satu kaedah mencari penyelesaian adalah brainstorming. De Janasz, et al (2002), kaedah ini mengundang banyak ideea untuk menyelesaikan masalah kerana kaedah ini merupakan salah satu teknik di mana ramai orang dari satu kumpulan berkongsi idea terhadap suatu perkara tanpa mengkritik. Ini adalah supaya perbincangan terbuka di dalam kumpulan tersebut digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. Kaedah ini sesuai digunakan bagi masalah kumpulan.
 Mengenalpasti Penyelesaian yang Terbaik- Kini, pemusatan pemikiran diperlukan bagi menilai, membanding dan menjalankan percubaan melaksanakan jalan penyelesaian (Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003). Pada peringkat ini, pelajar perlu merancang bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan sewajarnya. Ini kerana, faktor paling penting dalam penilaian adalah kesan kepada jalan penyelesaian. Kesan ini terdiri daripada kesan posivif dan negatif. Oleh itu, pertimbangan yang teliti amat diperlukan bagi memastikan keputusan yang dipilih mempunyai kelebihan dan memberi manfaat kepada ahli kumpulan yang lain. Selain itu, pelajar seharusnya mampu untuk memastikan keputusan yang dipilih boleh mengembangkan atau menghadkan penyelesaian masalah serta keputusan yang dipilih merupakan alternatif yang terbaik.
 Melaksanakan Keputusan- Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa keempat-empat peringkat di atas hanya terkandung dalam peringkat perancangan. Selepas penentuan alternatif jalan penyelesaian, ianya perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan tepat. Ini juga membantu penyelesaian masalah bagi mengorganisasikan proses pelaksanaan dan menguji sama ada hasil yang dijangka dapat dijana atau tidak.

Kelebihan PBM
Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBL berbanding strategi pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau stimulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu. Ini seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan minat atau motivasi pelajar untuk terus belajar. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat (Jamalludin Harun, et al, 2005).
5.2.3 Pembelajaran Elektronik (e-learning)
Adalah satu istilah umum yang merujuk kepada pembelajaran yang berlaku dengan menggunakan komputer dan internet, CD Rom, televisyen interaktif atau siaran melalui satelit berlaku di mana-mana atau pada bila-bila masa mengikut keperluan pelajar menghasilkan pengalaman dan penguasaan kemahiran dan pengetahuan baru

Ciri-Ciri Pembelajaran Elektronik
-mengikut kadar kendiri pelajar
-boleh dicapai oleh ramai pelajar
-boleh dicapai di mana-mana dengan talian internet
-memenuhi pelbagai gaya pembelajaran

5.2.4 Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang
 Merupakan sejenis pembelajaran dalam talian yang menggunakan gabungan streaming video, power point, audio dan perisian lain dalam penyampaian P&P.
 Terdapat 7 fungsi penting laman sesawang dalam pembelajaran (pengumuman berdasarkan masa sebenar, teks, html, spread sheet, video, pautan luaran, buku gred, laman diskusi, kuiz automatik.

5.3 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN
Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran
 Menggunakan medium persembahan penyampaian seperti slaid, audio dan tayangan video
 Penggunaan sumber internet dalam pengajaran
 Penggunaan email, papan maklumat, blog dan portal mewujudkan komunikasi antara penyampai dengan penerima
 Menyenaraikan laman sesawang dan e-jurnal dalam senarai bacaan seperti perpustakaan maya
 Memasukkan database dan dataset dalam pengajaran
 Menggunakan teknologi baharu dalam ujian dan undian dalam bilik darjah.

Persekitaran Bilik Darjah Maya (virtual Learning)
• Pembelajaran berlaku secara online sepenuhnya atau secara gabungan (online dan pertemuan formal) yang dikenali sebagai blended pada peringkat kolej@universiti
• Kawalan terhadap pembelajaran dibuat oleh institusi yang menyediakan portal pembelajaran
• Maklumat dan aktiviti pembelajaran dimuatkan dalam portal pembelajaran.
• Pelajar perlu berdaftar.
• Persekitaran pembelajaran maya meliputi penggunaan papan buletin tidak mementingkan hubungan sosial dengan pengguna.
• Perkembangan pesat internet boleh membawa perubahan pesat terhadap penggunaan portal pembelajaran dan perisian sosial untuk tujuan pembelajaran.

5.3.1 Reka Bentuk Resos
• Teknologi e-pembelajaran membuka laluan pengajaran dan pembelajaran secara maya (melalui internet) dengan mudah dan pantas.
• Guru dan pelajar dapat berinteraksi tanpa perlu bersemuka melalui teknologi berinovatif ini.
• Perkembangan resos pembelajaran berasaskan teknologi ICT:
• e-buku- Ialah buku dalam bentuk elektronik, memuatkan kandungan yang sama dengan buku dalam bentuk cetakm, mempunyai ciri-ciri tambahan iaitu terdapat pautan, fungsi carian, fungsi highlighting dan bahagian mengambil nota.
• e-majalah- Majalah dalam bentuk elektronik, mempunyai ciri-ciri yang sama dengan majalah bercetak tetapi disertakan fungsi-fungsi elektronik seperti e-buku, mudah dicapai melalui internet untuk dijadikan rujukan pada bila-bila masa, guru dapat membimbing(scaffold) dengan menambah nota, saranan, tugasan untuk mengarah pembelajaran atau memberi fokus kepada aspek-aspek penting.
• e-portfolio- Satu alat interaktif dinamik yang memuatkan pengumpulan bahan pembelajaran pelajar, artifak, catatan interkasi guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar lain, sejauh mana perkembangan pembelajaran termuat dalam e-portfolio, hal ini memudahkan guru memantau dan membimbing pelajar mengikut keperluan.
• blog dan forum- Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca, menulis, memberi respons, berkolaborasi dan berbincang dalam talian, membolehkan pelajar berkongsi pengalaman dan pandangan, melalui blog dan forum, pelajar introvert dan pendiam juga bermotivasi untuk melibatkan diri, kemahiran berfikir aras tinggi dapat dikembangkan.

Senarai teknologi boleh digunakan:
• Personal digital assistants (PDA)
• MP3
• CD-ROM
• Web 2.0 tools
• Laman sesawang/web

5.4 PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN
5.4.1 Persekitaran Pembelajaran Personal (PLE)
Pelajar hari ini dikenali generasi internet. Perkembangan teknologi mempengaruhi sistem pendidikan seluruh dunia. PLE ini terbahagi kepada 2 iaitu: Persekitaran pembelajaran personal (PLE) dan Persekitaran bilik darjah maya (vitual classroom).
PLE
• PLE dikenali sebagai Personal Learning Environment
• Pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.
• Pembelajaran formal dan informal boleh berlaku.
• Maklumat isi pelajaran diperoleh melalui pelbagai media dan perisian contoh perisian ialah youtube, facebook, flickers, skype
• Interaksi sosial melalui penggunaan pelbagai media dan perisian sosial
• Pelajar sendiri yang menentukan arah dan hala tuju pembelajarannya
• Memenuhi konsep pembelajaran sepanjang hayat
• PLE dikenali sebagai Personal Learning Environment
• Pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.
• Pembelajaran formal dan informal boleh berlaku.

5.5 PENAKSIRAN PEMBELAJARAN
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan proses pembelajaran yang merangkumi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
1. aktiviti menghurai,
2. mengumpul,
3. merekod,
4. memberi skor dan,
5. menginterpretasi

Penilaian formatif : Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Penilaian sumatif : Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang p dengan p lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan/ pengredan.
Tujuan Penaksiran
1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
4. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
5. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
6. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
7. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian
 Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
 sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
 merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.

Tujuan Penilaian
• Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
• Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
• Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.
• Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.
Jenis Penaksiran
• Penaksiran pembelajaran
• Penaksiran prestasi
• Penaksiran berasaskan portfolio
• Penaksiran kendiri
• Penaksiran berasaskan komputer

Slide Tajuk 5
https://docs.google.com/file/d/0B6dr2xIOO7ppU1JpYnVTamZMdjQ/edit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan