kpm

kpm

Guru dan Perundangan

2.1 PERATURAN DAN TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB
Sebagai penjawat awam, guru mesti mematuhi Peraturan Kelakuan dan tatatertib 1993 (Pindaan 2002). Dengan adanya peraturan ini, maka guru akan sentiasa berkelakuan baik dan bertata tertib mengikut garis panduan yang ditetapkan. Matlamat tatatertib adalah seperti:
 Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab.
 Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan mereka sendiri.
 Supaya pegawai awam menjaga imej perkhidmatan awam.
 Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.

Secara umum, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002) mengandungi peraturan-peraturan seperti berikut:
 Peraturan mengenai tatakelakuan (code of conducts) serta larangan / kesalahan khusus.
 Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib.
 Prosedur dan tindakan tatatertib.
 Hukuman tatatertib.
 Peruntukan pelbagai yang berkaitan.

2.1.1 Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Secara Umum
Tatakelakuan (code of conducts) bagi anggota perkhidmatan awam adalah seperti diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D Perintah Am. Antara peraturan tersebut (Warta Kerajaan P.U (A) 395 Pindaan 2002) ialah:

Peraturan 4(1)
- Sentiasa memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan.
- Ditegah bersubahat dengan musuh Negara.
- Ditegah membocorkan rahsia Negara.
- Ditegah memperkecil dasar serta tindakan kerajaan.
- Ditegah berlakon dalam filem yang memburukkan Negara.

Peraturan 4(2)
- Tidak boleh membelakangkan tugas demi kepentingan peribadi.
- Tidak boleh berkelakuan kepentingan peribadi bercanggah dengan kepentingan awam.
- Tidak boleh menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi.
- Menjaga nama baik profesion.
- Perlu cekap dan sentiasa berusaha menyelesaikan tugas.
- Jujur, amanah dan bertanggungjawab.
- Tidak boleh menggunakan pengaruh untuk memberi tekanan dalam menyokong sebarang tuntutan untuk diri sendiri atau orang lain.
- Melaksanakan apa yang disuruh dan tidak cuai dalam melaksanakan tugas.

2.1.2 Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh Dibuat
Dengan Kebenaran

Peraturan 4A (Gangguan Seksual)
Tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain. Secara umum, gangguan seksual adalah:
- Segala keadaan yang akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau tergugat.
- Tidak terhad kepada perlakuan di tempat kerja atau dalam waktu kerja.
- Termasuk kepada perbuatan menyatakan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada atau di hadapan orang.
- - tidak kira sama ada lisan, bertulis atau apa jua perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain.

Peraturan 5 (Pekerjaan Luar)
Tertakluk kepada tatakelakuan yang berkaitan dengan pekerjaan luar. Tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua urusan berkaitan dengan kerja luar. Bagaimanapun dibolehkan dengan kebenaran ketua jabatan. Ketua jabatan boleh tidak membenarkan jika:
- Dalam waktu pejabat / semasa menjalankan tugas rasmi
- Tidak menjejaskan kebergunaan sebagai pegawai awam.
- Tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam.

Peraturan 23 (Ketidakhadiran Tanpa Cuti)
Bermaksud seorang pegawai tidak hadir untuk apa-apa tempoh masa dan di tempat sepatutnya beliau hadir untuk tugas rasmi. Dalam erti kata yang lain, guru dilarang tidak hadir ke sekolah tanpa cuti.

Peraturan 23 (Peraturan-peraturan Lain Yang Berkaitan)
Antara peraturan yang ditetapkan:
1. Guru perlu mematuhi etika pakaian.
2. Dilarang menggunakan apa jenis dadah kecuali yang dipreskripsikan oleh pengamal perubatan.
3. Guru tidak boleh menerima apa-apa hadiah daripada individu atau kumpulan yang mempunyai kepentingan peribadi.
4. Guru perlu membuat pengisytiharan harta setiap lima tahun sekali.
5. Guru dilarang terlibat dengan perhutangan yang serius dan tidak boleh meminjamkan wang kepada pihak lain dengan mengenakan faedah atau cagaran lain.
6. Guru di larang membuat pernyataan awam secara lisan atau bertulis berhubung dengan dasar, rancangan dan keputusan kerajaan.
7. Guru tidak dibenarkan terlibat dengan kegiatan politik. Perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.

2.1.3 Tindakan Tatatertib
Sebagai penjawat awam, guru hendaklah mematuhi peraturan yang termaktub dalam undang-undang dan perlanggaran akan menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan. Satu jawatankuasa akan dibentuk tidak kurang daripada dua anggota dan anggota jawatankuasa penyiasat adalah mereka yang menjawat jawatan lebih tinggi daripada mereka yang disiasat. Hukuman yang dikenakan termasuklah:
 Amaran (diberi secara lisan dan bertulis oleh ketua jabatan).
 Denda atau lucut hak emolumen1(denda yang dikenakan tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi tujuh hari pegawai berkaitan. Denda atau lucut hak emolumen dipotong daripada emolumen bulanan pegawai dan dimasukkan dalam hasil kerajaan.
 Tangguh pergerakan gaji (tiada pergerakan gaji dalam tempoh hukuman).
 Turun Gaji (gaji turun secara mendatar, tidak melebihi tiga pergerakan gaji, tempoh hukuman tidak kurang daripada dua belas bulan dan tidak lebih tiga puluh enam bulan).
 Turun pangkat (dijalankan oleh pihak berkuasa tatatertib).

2.2 AKTA PENDIDIKAN 1996
Akta pendidikan merupakan satu bentuk perundangan yang lengkap, kemas kini dan bersifat futuristik sebagai persediaan menghadapi Wawasan 2020.
Maklumat berkaitan Akta Pendidikan 1996:
i. Menegaskan ilmu merupakan penentu utama arah tuju negara dan penyelamat bangsa.
ii. Merupakan satu misi negara menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti untuk memperkembangkan potensi individu. Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.

Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

Sistem Pendidikan Kebangsaan terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi. Dalam masa yang sama, terdapat 3 jenis sekolah dalam Sistem Pendidikan Malaysia ialah sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Dalam pada itu, terdapat 2 kategori sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

Akta Pendidikan 1996 juga memperuntukkan program Pendidikan Khas untuk murid yang memerlukan pendidikan khas dan tempoh pembelajaran tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah dan menengah. Selain itu, dalam akta ini, pengajaran Agama Islam diajar sekiranya terdapat 5 atau lebih murid yang beragama Islam. Pengajaran agama selain agama Islam juga dibenarkan tetapi murid harus mendapat persetujuan ibu bapa secara bertulis.

Bahasa Kebangsaan digunakan sebagai bahasa pengantar utama dalam semua institusi pendidikan kecuali sekolah jenis kebangsaan atau mana-mana institusi lain yang dikecualikan. Jika bahasa pengantar di sebuah institusi bukan bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan mata pelajaran wajib.

2.2.1 Peraturan-Peraturan Pendidikan
(i) Kurikulum Kebangsaan, 1997
 Menggariskan mata pelajaran teras, wajib dan elektif untuk kelas peralihan dan tingkatan 6.
 Menggariskan Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO).
 Ketua Pendaftar boleh pinda jadual waktu dan sukatan pelajaran

(ii) Pendidikan Khas, 1997
 Untuk pelajar cacat pendengaran, penglihatan atau masalah pembelajaran.
 Guru boleh ubah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

(iii) Penilaian dan Peperiksaan, 1997
Fungsi Lembaga Peperiksaan:
 Pantai, menasihati dan membuat analisis tentang Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).
 Mengendalikan semua peperiksaan.

(iv) Majalah Sekolah dan Bahan Multimedia, 1998
 Penubuhan jawatankuasa penerbitan sekolah dan pengedaran majalah sekolah dan bahan multimedia.
 Kuasa dan fungsi jawatankuasa.
 Kelulusan guru besar atau pengetua untuk penerbitan dan pengedaran.

(v) Persatuan Sekolah, 1998
 Kelulusan pengetua/guru besar untuk menubuhkan persatuan.
 Kategori persatuan.
 Penasihat persatuan dilantik oleh pengetua/guru besar.
 Pengetua/guru besar dan Pendaftar boleh membatalkan persatuan.
 Peraturan-peraturan pendidikan.

(vi) Penerimaan masuk Murid ke Sekolah Penyimpanan Daftar dan Syarat Pengekalan Murid Belajar di sekolah, 1998
 Diguna pakai di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
 Anak warganegara dan bukan warganegara.
 Penyimpanan daftar penerimaan murid.
 Pertukaran sekolah dengan kelulusan Pengarah Pendidikan.

2.2.2 Implikasi Akta Pendidikan 1996 Ke Atas Sistem Pendidikan
Malaysia
 FPK menjadi landasan akta.
 Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuh.
 Kurikulum diselaraskan.
 Peperiksaan yang sama.
 Pendidikan Islam dan prasekolah diperluas.
 Mutu pendidikan prasekolah dipertingkatkan.
 Pendidikan teknik dipertingkatkan ke sekolah menengah.
 Pendidikan guru diperkukuh.
 Pendidikan swasta berkembang dan menjadi lebih sistematik.
 Pendidikan khas diberi tumpuan.
 Mengambil kira kepentingan pendidikan semua kaum.


Slide Tajuk 2
https://docs.google.com/presentation/d/1VKx0dIcTta1PNxSFEN5Qayrt3HC-Pw4oBAVP-hqZ3bI/edit#slide=id.p4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan