kpm

kpm

Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru


4.1 STRES


4.1.1 Konsep Tekanan Stres
Menurut Kamus Dewan (2007) mentafsirkan stres sebagai keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal. Dengan kata lain, stres merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap satu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.

4.1.2 Jenis-Jenis Stres
Mengikut Cockburn (1996), terdapat 5 jenis stres yang dialami oleh guru. Stres-stres tersebut ialah:
1. Stres ‘here or now’ – situasi yang wujud pada sesuatu masa atau ketika. Contoh: guru berada dalam situasi peperiksaan.
2. Stres ‘anticipation’ – guru akan bertindak balas terhadap sesuatu peristiwa yang dijangkakan. Contoh: setiap hujung semeter, sekolah akan mengadakan hari ibu bapa bertemu guru.
3. Stres ‘imaginative’ – individu akan berimaginasi tentang sesuatu yang ngeri dan menakutkan dalam sesuatu situasi. Contoh: berfikir didatangi pencuri.
4. Stres ‘reactive’ – stres yang wujud daripada peristiwa lampau. Contoh: berasa sedih akibat kematian seseorang.
5. Stres ‘negative’ – sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada hari, minggu atau tahun. Contoh: tidak cukup wang.

4.1.3 Punca-Punca Dan Tanda-Tanda Stres Dalam Kalangan Guru

Punca-Punca Stres
Pada masa sekarang, guru mempunyai tugas-tugas lain yang mencabar selain daripada mengajar. Dengan pertambahan tugas tersebut, ramai guru mengalami stres. Menurut kajian daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), stres dalam kalangan guru dikenal pasti atas faktor:
 Tekanan oleh ibu bapa pelajar.
 Beban tugas.
 Prospek kenaikan pangkat.
 Penilaian untuk kenaikan gaji yang tidak adil.
 Keinginan untuk mengajar.
 Infrastruktur dan lokasi sekolah.

Tanda-Tanda Simptom Stres
Stres boleh dikenal pasti berdasarkan simptom-simptom yang dipaparkan oleh perilaku seperti:
 Masalah ingatan.
 Kurang beri tumpuan.
 Membuat penilaian tidak tepat.
 Sakit sendi, cirit birit atau sembelit.
 Sakit kepala, pening.
 Makan lebih atau kurang.
 Tidur lebih atau kurang.
 Suka menyendiri dan sebagainya.

Langkah-Langkah Menangani Stres
Terdapat beberapa langkah yang boleh menjauhkan dan mengelakkan seorang guru daripada stres. Antara langkahnya ialah:
 Belajar mengatakan tidak atau tidak mahu dalam kehidupan peribadi atau profesional (asertif).
 Mengelakkan individu yang boleh menyebabkan menghadapi stres.
 Tambah dan kuatkan hubungan rakan-rakan sekerja.
 Berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai.
 Menggalakkan diri dalam kumpulan perbincangan atau forum.
 Menulis jurnal dan menilai kelemahan diri.

4.2 BURNOUT GURU

4.2.1 Konsep Burnout
Istilah teacher burnout digunakan pertama kali oleh ahli psikologi Freudenberger (Wood,2000). Bournout merujuk kepada kehilangan minat oleh pekerja terhadap orang-orang yang berkerja dengannya (Maslach,1976; Seidman & Zager, 1837, dlm Aeria, 1995).

4.2.2 Tanda-Tanda Burnout
 Setiap hari perasaan bagaikan kelesuan menusuk jiwa, sentiasa berdepan dengan rintangan yang sukar ditangani.
 Tanggungjawab tugas profesional dianggap usaha yang sia-sia dan tidak bermanfaat.
 Prestasi dan hubungan interpersonal merosot di tempat kerja dan rumah.

4.2.3 Perbezaan Antara Stres dan Burnout
Stres
 Dicirikan dengan penglibatan keterlaluan.
 Menghasilkan cemas dan hiperaktif.
 Kehilangan tenaga.
 Mengakibatkan kegelisahan.
 Kecederaan secara fizikal.
 Mungkin boleh menyebabkan maut terlalu awal.

Burnout
 Cirikan dengan pelepasan daripada melibatkan diri.
 Menghasilkan ketidakupayaan dan berputus asa.
 Kemerosotan motivasi dan harapan.
 Mengakibatkan pengasingan dan kemurungan.
 Terhiris perasaan seperti hidup tidak bermakna.

4.2.4 Punca-punca Burnout Guru
Burnout boleh disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah:
a) Gaya hidup
b) Personaliti guru
c) Tekanan kerja
d) Kurang pengiktirafan atas tugas yang baik
4.2.5 Tanda-tanda dan simptom Burnout
Burnout merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur dalam suatu tempoh yang panjang. Tanda-tanda awal dan simptom burnout akan wujud dan menjadi lebih ketara jika tidak dikesan dengan cepat.

4.2.6 Langkah-langkah Menangani Burnout
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Justeru, adalah lebih baik burnout ini dicegah dengan segera setelah dikenal pasti. Antara langkah yang boleh diambil ialah:
a) Latihan atau sesi pengenduran untuk peserta meregangkan badan.
b) Membuat meditasi
c) Membaca sesuatu yang memberikan inspirasi atau menulis jurnal.
d) Bengkel pengurusan masa.
e) Program permentoran untuk guru novis.
f) Bengkel pengurusan stres serta aktiviti peningkatan profesional.
g) Latihan pemakanan.
h) Menambah baik keadaan bekerja.
Secara kesimpulannya, guru perlu meningkatkan kecerdaan emosi untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan gelaja burnout dan dalam masa yang sama mewujudkan suasana kerja yang kondusif,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan