kpm

kpm

Pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

6.1 KEPENTINGAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN
6.1.2 Definisi Perubahan
Perubahan ialah penerimaan inovasi apabila matlamat utama adalah untuk meningkatkan pencapaian melalui penambah baikan dalam pelaksanaan dan amalan (Carlopio,1998). Manakala menurut Kamus Dewan, perubahan ialah peralihan atau pertukaran.
6..1.3 Definisi Inovasi
Inovasi ialah cara atau pendekatan terkini dalam melaksanakan sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan manusia.
Perubahan diperlukan bagi memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan dapatan penyelidikan pelbagai isu dan permasalahan ditemukan. Maka, daripada dapatan tersebut, penambahbaikan dapat dilakukan.

6.2 STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN
Pengurusan inovasi dan perubahan dalam pendidikan di Malaysia memerlukanpendekatan yang menjurus ke arah pembinaan modal insan Malaysia yang memiliki peribadi unggul apabila rakyat Malaysia sama seperti rakyat di negara maju yang lain, tetapi sebaliknya memiliki peribadi mulia, menjunjung budaya bangsa dan negara.

6.2.1 Strategi perubahan
I. Strategi Perubahan
- Pihak atasan guna autoriti formal & kawalan untuk paksa sasaran berubah.
II. Strategi Pujukan
- Memerlukan kemahiran interpersonal, logik & kebijaksanaan bagi meyakinkan sasaran tentang kebaikan perubahan yang dibawa.
III. Strategi Pendidikan Semula
- Guna maklumat baru yang disediakan oleh agen perubahan & serahkan ia kepada sasaran untuk tentukan rancangan sendiri.
IV. Strategi Pemudah Cara
- Sasaran tentukan rancangan yang dipilih
- Agen perubahan hantar sumber yang diperlukan (barangan & khidmat teknikal).

6.2.2 Pembinaan Negara Bangsa (PNB)
PNB bermaksud proses pembinaan atau pembentukan sebuah negara bangsa menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah, di mana prosesnya bertujuan menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa dan lokasi sehingga wujud satu persekutuan yang menjamin keselamatan politik dan mampu dipertahankan dalam masa yang panjang.
Antara hasrat yang ingin dicapai ialah:
i. Rakyat yang ada jati diri & imej Malaysia
ii. Modal insan cemerlang/berminda kelas pertama yang glokal
iii. Sumber manusia yang berkualiti
iv. Proses lengkap membentuk tenaga kerja yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing & berdaya tahan.

6.2.3 Pengurusan Pendidikan
Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah negara. Aspek dalam pendidikan merangkumi beberapa perkara iaitu:
1. Kepimpinan
a. Pemimpin memimpin (menggunakan pendekatan perkongsian idea yang meneliti setiap keputusan yang dikemukakan oleh ahli).
b. Visi yang jelas dalam pengurusan perubahan.
c. Menumpukan perhatian khusus pada setiap perubahan yang dibuat.
d. Mengutamakan elemen kemanusiaan.
2. Pengurusan Bilik Darjah Yang Kondusif
a. Pendekatan Berpusatkan Murid.
b. Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran.
3. Landskap Maklumat
a. Pusat sumber.
b. Peranan guru.

6.2.4 Transformasi Dalam Kurikulum
Satu bentuk perubahan yang perlu dilakukan memandangkan asas perubahan yang hendak dibawa bermula di sekolah. Ia memerlukan pengetahuan & pemahaman tentang semua bahagian dalam pendidikan.
Agen perubahan perlu bantu komuniti bangunkan visi dalam sistem pendidikan yang ideal & melibatkan semua pihak agar berminat dengan visi baru. Transformasi dibuat bagi menjamin kesesuaian kurikulum untuk hadapi cabaran & perubahan semasa. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) membawa elemen terkini bagi memastikan kurikulum tersebut penuhi keperluan semasa.

6.2.5 Sekolah Bestari
Sekolah Bestari ialah pendemokrasian pendidikan yang membuka peluang belajar kepada semua murid tanpa mengira status dan aras pencapaian dalam mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Ciri-Cirinya ialah:
a. Murid berupaya belajar ikut keperluan, kebolehan & gaya pembelajaran sendiri.
b. Guru adaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan ambil kira keperluan & kebolehan murid agar selaras dengan pengalaman murid.
c. Persekitaran sekolah kondusif.
d. Penaksiran berterusan.
e. Guru Besare sebagai pemimpin pendidikan & disokong oleh tenaga pengajar yang profesional & berkaliber.
f. Ibu bapa & komuniti sokong pendidikan bestari.

6.2.6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
 Piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran & penjawat awam
 NKRA yang ke-3: Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti & Berkemampuan.
 4 sub-NKRA:
i. perluas & mantapkan pendidikan prasekolah
ii. tingkatkan kadar literasi & numerasi
iii. Wujudkan sekolah Berprestasi Tinggi
iv. Iktiraf Pengetua & Guru Besar cemerlang

6.3 ADAPTASI PELBAGAI INOVASI DAN PERUBAHAN
6.3.1 Latihan Perguruan
I. Naik Taraf Maktab Perguruan Ke Institut Pendidikan Guru
-Sijil Perguruan & Diploma Perguruan kepada Ijazah Sarjana Muda Perguruan
-IPG melatih guru pada peringkat ijazah, menawarkaln latihan perguruan kepada lepasan ijazah dari universiti tempatan & luar negara (KPLI).

II. Kurikulum Latihan Perguruan
Pendidikan Awal Kanak-Kanak
I. Program PERMATA
II. Pendidikan Prasekolah
Kemahiran TMK
Pembudayaan Penggunaan TMK di sekolah:
-Merekodkan Sistem Maklumat Murid
-E-nilam
-Urusan Pernaziran
-Urusan Perkhidmatan semua bahagian & kementerian
-Urusan akademik
Literasi dan Numerasi
Usaha Kerajaan
a. Proses Saringan
b. Modul PdP
c. Latihan Guru
d. Tingkatkan Komitmen Pihak Berkepentingan
e. Pemantauan & Penyeliaan
Kemahiran Insaniah (KI)
-kemahiran belajar,
-kemahiran bekerja sebagai satu pasukan –kemahiran pembelajaran sepanjang hayat
-kemahian pengurusan emosi
-kemahiran komunikasi
Kompetensi Berbahasa Inggeris
-BI sebagai bahasa perantaraan antarabangsa & bahasa ilmu.
-Kursus BI wajib di IPG/IPTA
-Penguasaan BI bagi membolehkan rakyat berada di peringkat antarabangsa & bersaing dalam bidang sains & teknologi.
Pendekatan Terkini dalam PdP
-Kes Metodologi
-Pengurusan Portfolio
-Pembelajaran Berasaskan Projek
-Pembelajaran Berasaskan Masalah
-Perubahan Bilik Darjah Tradisional kepada Moden

6.3.2 Program Pensiswazahan Guru
PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU (PKPG)
PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB)
-untuk mensiswazahan guru sekolah menengah
-guru berpeluang melanjutkan pengajian peringkat ijazah di universiti
-kerjasama antara IPTA & IPG
-untuk mensiswazahkan guru sekolah rendah
-guna kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan iaitu mod Kursus dalam Cuti
-guru ikuti pengajian semasa cuti sekolah
-dilaksanakan d Institut Aminuddin Baki
-supaya Guru Besar sekolah rendah memiliki ijazah
-berkolaborasi dengan UPSI
-pengajian 3 tahun

6.2.3 Kurikulum Transformasi
KOMUNIKASI
KEROHANIAN, SIKAP & NILAI
KEMANUSIAAN
-Penggabung jalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal dan non veral dalam BM, BI, bahasa Cina & Tamil
-Penghayatan amaan agama, kepercayaan, sikap dan nilai
-Penguasaan ilmu & amalan tentang kemasyarakatan dalam sekitar setempat, negara & global serta penghayatan semangat patriotisme & perpaduan
KETRAMPILAN DIRI
FIZIKAL & ESTETIKA
LITERASI SAINS & TEKNOLOGI
-Pemupukan kepimpinan & sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum & kokurikulum
-Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri, pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat & apresiasi
-Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran & sikap saintifik
-Penguasaan Pengetahuan & kemahiran matematik
-Penguasaan Pengetahuan & kemahiran berasaskan teknologi

6.2.4 Sekolah Berprestasi Tinggi
Konsep
Elemen
-Sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri & unik serta menyerlah dalam semua asp[ek pendidikan,
-Mempunyai tradisi budaya kerja yang cemerlang yang mampu melahirkan modal insan cemerlang berpersonaliti unggul.
-Suasana PdP yang kondusif
-Suri Teladan kepada sekolah lain
-Autonomi & akauntabiliti dalam pengurusan & pencapaian murid
-Tempatkan murid cemerlang yang mampu bersaing peringkat antarabangsa

Slide Tajuk 6
https://docs.google.com/file/d/0B6dr2xIOO7ppX3EtV2NWOXIyTnM/edit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan