kpm

kpm

Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid


3.1 GANGGUAN EMOSI

Menurut Kamus Dewan (2007), emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya. Gangguan emosi berlaku apabila seseorang:
 Mengalami emosi tertentu seperti depresi.
 Tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah dan penolakan.
 Sukar berhubung dengan orang lain.
 Mempunyai dua atau lebih emosi misalnya antara marah dan takut.

Mengikut Achmanto Mendatu (2007), gangguan emosi berkisarkan persoalan perasaan takut dan cemas. Terdapat beberapa jenis perasaan takut yang dapat dijelmakan dalam bentuk kecemasan seperti acrophobia (takut kepada ketinggian), agoraphia (takut kepada tempat terbuka), astraphobia (takut kepada cahaya dan kilat), hydrophobia (takut kepada air), sitophobia (takut makan), xenophobia (takut kepada orang asing), nytophobia (takut kepada kegelapan, mysophobia (takut kepada kotor) dan lain-lain. Gangguan kecemasan mencakupi antara lainnya gangguan panik (panic disorder), fobia sosial (social phobia) dan gangguan kecemasan umum. Orang yang fobia akan mengalami satu keadaan di mana dirinya akan memasuki situasi yang menakutkan dan kemudian akan digambarkan dengan kecemasan.

3.1.1 Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid
Guru bertanggungjawab membantu murid yang mengalami gangguan emosi. Kanak-kanak yang menghadapi gangguan emosi biasanya:

i. Tidak berupaya berinteraksi secara formal dengan kanak-kanak lain. Tingkah laku mereka lebih bersifat keanak-anakan dan tidak mengikut tahap mereka.
ii. Ada kalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk.

3.1.2 Punca Gangguan Emosi
Antara faktor yang ketara yang menyebabkan gangguan emosi ialah masalah-masalah seperti:
(i) Masalah ketidakfungsian otak.
(ii) Pemakanan.
(iii) Mempunyai kemahiran sosial yang rendah dan tidak mempunyai keyakinan diri.
(iv) Masalah keluarga yang sentiasa menunjukkan sikap kasar dan agresif.
(v) Pengaruh rakan sebaya dan persekitaran.

3.1.3 Langkah-Langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi Dalam
Kalangan Murid.
Berikut adalah langkah-langkah dalam mengatasi masalah gangguan emosi murid:
 Khidmat sokongan daripada pakar psikologi atau kaunselor.
 Diberi bimbingan kerjaya.
 Mendapat kerjasama daripada ibu bapa.
 Modifikasi tingkah laku yang sesuai.
 Didedahkan dengan pengurusan emosi.
 Peraturan bilik darjah yang bersesuaian.
 Murid diberi peluang mengenal pasti masalah dan tingkah laku sendiri.

3.2 HAK ASASI KANAK-KANAK

3.2.1 Latar Belakang

Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah dibentangkan dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-44 pada 20 November 1989 dan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi:
 Pengabaian.
 Penderaan.
 Eksploitasi.
 Jaminan kanak-kanak mendapat haknya.
Secara logiknya, mengapa hal ini perlu?
 Tidak ada perundangan dalam beberapa buah negara.
 Menjamin perkembangan yang sihat untuk kanak-kanak.
 Kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa.
 Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tiada pengaruh politik dan ekonomi.
Prinsip-prinsip konvensyen:
1. Kanak-kanak tidak harus didiskriminasikan.
2. Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan.
3. Kepentingan terbaik kanak-kanak harus diberi keutamaan.
4. Kanak-kanak harus diberikan peluang melibat secara aktif dalam semua perkara dan diberikan kebebasan menyuarakan pendapat.

Perlaksanaan Konvensyen:
Perkembangan ini dipantau oleh Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu. UNICEF yang bergerak sebagai agensi khusus di undang untuk memerhati dan pandangan mereka. Konvensyen Hak Kanak-Kanak ini telah:
 Memperakui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan, warna kulit, jantina, bahasa, agama dan sebagainya.
 Memberikan penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan syorkan supaya keluarga memberi perlindungan dan bantuan perlu untuk mampu menjalankan tanggungjawab mereka.
 Memperakui bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah berlaku dalam persekitaran kekeluargaan yang gembira, kasih sayang dan persefahaman.
 Mengingati bahawa kanak-kanak belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan perlindungan dan jagaan khas termasuklah perlindungan undang-undang yang sewajarnya.
 Mengiktiraf bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan tindakan khas.
 Menekankan pentingnya nilai-nilai tradisi kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak.

Tiga Prinsip Utama Konvensyen Hak Kanak-Kanak:
1. Kanak-kanak ialah seorang yang berumur di bawah 18 tahun.
2. Semua hak meliputi semua kanak-kanak tanpa kekecualian dan tiada diskriminasi.
3. Semua tindakan yang diambil mestilah dilakukan berdasarkan prinsip demi kepentingan terbaik bagi kanak-kanak (the best interest of the child).

Hak Kanak-Kanak:
(i) Hak kehidupan (keperluan asas, hak untuk hidup, mendapat perubatan).
(ii) Hak Perlindungan (diskriminasi, penderaan, pengabaian, penderaan seksual, eksploitasi dan lain-lain).
(iii) Hak Perkembangan (semua jenis pendidikan, hak kepada standard of living, peluang untuk turut serta, persekitaran yang selamat).
(iv) Hak Penyertaan (berjumpa dengan kanak-kanak lain, menyertai kelab atau persatuan, memberikan pandangan mereka).

3.2.2 Hak Kanak-Kanak Di Malaysia
Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani beberapa konvensyen dalam komitmen kepada perlindungan kanak-kanak di negara ini seperti berikut:
i. Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak pada 19 Mac 1995 .
ii. Konvensyen Penghapusan Semua bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada 4 Ogos 1995.
iii. Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk buruh kanak-kanak yang paling teruk) pada 10 November 2000.

Di Malaysia, beberapa bentuk perundangan telah dibentuk dalam konteks melindungi Kanak-Kanak iaitu:
i. Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468) – mengenai pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.
ii. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) – berkaitan dengan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman-taman asuhan kanak-kanak.
iii. Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkutan Anak Angkat 1952).
iv. Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002) – memastikan perlindungan, pemuliharaan dan pembangunan untuk kanak-kanak.

3.2.3 Usaha-Usaha Dalam Melindungi Kanak-Kanak
Kerajaan telah berusaha untuk melindungi kanak-kanak di Malaysia dengan pelbagai cara. Antara caranya ialah seperti:
i. Meningkatkan penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan pemulihan.
ii. Pasukan Pelindung Kanak-Kanak ditubuhkan di peringkat daerah dan negeri.
iii. Pasukan Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital-hospital daerah dan negeri.
iv. Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1985 dikaji semula untuk memantapkan penguatkuasaan.



Slide Tajuk 3
https://docs.google.com/file/d/0B6dr2xIOO7ppQlFndlU3TlliZmM/edit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan